Saturday 24 December 2011

#4 SELIMUT BABI DAN LAPTOP MAINAN


BANGUN SOLAT SUBUH ANAK-ANAKKU..

pagi yg sangat dingin,ayah adalah orang pertama di rumah yang bangun.seawal 5 pagi dia akan bersiap sedia,bangun utk solatnya yg pelbagai sebelum subuh menjelma.

aq dan anak2 nya yg lain sedang nyenyak dibuai mimpi beralas bantal kekabu emak.

berkumandang suara ayah melaungkan azan.

"assolatu khairum minannaum"
"sesungguhnya solat itu lebih baik dari tidur"


tapi aq masih tidur.tidur.dan tidur.bagai tak pernah tidur lagaknya.bagai tak betah bangun subuh nyenyaknya.


walhal,tiap subuh tiba,akan kutarik selimut kerana alasan sejuk menggigit tulang.itu bermakna aq sedar waktu sudah pagi.sudah harus bangun utk solat.

ku tarik selimut kulit 'babi' itu kerana kedinginan.

emak yg sudah bangun utk bersiap menghadap Allah mula masuk dari bilik ke bilik anak2nya.

"kamilah,bangun solat subuh."
"fatimah,bangun solat subuh."
"aisyah,bangun solat subuh."
"lokman,bangun solat subuh."
"ummul khusna,bangun solat subuh."

satu persatu anak2nya digerak.
setiap hari.

ayat itu yg dilaung sebelum emak solat.
ayat itu yg diulang2 sebelum emak mengaji merdu.
ayat itu yg di jerit sebelum emak ke dapur menjerang air.

tiada yg akur utk bangun?

tunggu.
masih ada yg akan bangunkan kamu semua anak2 ku.

emak menunggu.


ayah pulang ke rumah selesai jemaahnya di masjid.

"tak bangun lagi anak2??"

emak mengadu..

ayah mula bertindak.
ayah ada cara.

tiap kamar puteri puteranya di jenguk.masih tidur anak2ku.


ayah senyum.

ayah mula mencari sesuatu.
ayah mencari senjata.

senjata yg hebat.
senjata yg akan menumpaskan musuh anak2 nya.




laptop berharga rm12.00 ni sgt berkuasa.

ditekan huruf jawi,keluarlah bunyi yg sgt bertenaga.aura berkuasa menghalau syaitan2 yg berusaha sehabisnya mengikat kami di katil untuk ponteng solat subuh.

surah2 berkumandang.
ayah menekan huruf2 lagi.
beralun lantang ayat kursi.

ayah tekan lagi butang di laptop ajaib itu.

beralun kuat surah alBaqarah.
di kuatkan volume laptop biru hingga bunyi semaksima mungkin.

diletaknya laptop kecil itu di sebelah telinga anak2nya yg sedang tidur.

ayah tunggu.
ayah sabar menunggu hasilnya.
menunggu anak2nya bangun.

ayah setia menunggu sehingga putera puterinya bangun untuk menunaikan tanggungjawab menyembah Allah.

2saat pertama.
tiada sapa bergerak.

2minit pertama.
ada yang bergerak.

5minit kemudian.
lintang pukang syaitan.
tak mampu mengikat kuat 'tali' malas solat.

kami bangun.
mengeliat.
cari selipar solat dan mulalah adegan mencari bilik air.

2 bilik air di rumah membuatkan aq menjerit di dapur.

"sape kat bilik air?!"
"cepat r...subuh dah nak abis.."

ayah senyum.
ayah puas hati.
ayah gembira.
terasa syurga.

anak2nya bangun solat.
misinya berjaya.

sabar menunggu kami bangun di birai katil.

itu tugas hari2 ayah bila kami pulang bercuti.

terima kasih ayah.
tak pernah alpa mengingatkan kami.

terima kasih kerana mendidik kami.
terima kasih kerana begitu tegas tentang isu "SOLAT"..

mesti ada di antara pembaca yang tak puas hati.

aq bangkitkan isu selimut 'babi'.

tahukah kita bila datangnya subuh,sengkatan tentera musuh kita.

SYAITAN SYAITAN.

dihantar utk lenakn kita.
utk ikat kita di katil.

jangan solat wahai manusia!
selimuti tubuh kamu dengan selimut kami.

selimut yang kita tarik tiap subuh datang itulah selimut babi.

itulah elemen yg lebih melenakan kita di subuh hari.






TERIMA KASIH ALLAH.
TERIMA KASIH EMAK.
TERIMA KASIH AYAH.
TERIMA KASIH KERANA AQ ADALAH SEBAHAGIAN KELUARGA INI.

terima kasih kerana takdirkan aq dengan keluarga soleh ini.

terima kasih Allah kurniakan aq ibu ayah yang hebat.

terima kasih kerana wujudkan takut aq pada AzabMu ya Kabir.

benda pertama yg akan disoalkn di alam kubur,iaitu alam barzakh.

ITULAH SOLAT.

walau kita solat tai melengah2kan nya.

tunggulah..ular hitam besar menunggu kita di lubang kubur.

menyambut setia hamba Tuhan yg meringankan solat.

takutnya aq.
gerunnya aq.
membayangkan tulang ditubuh dililit bagai ranting kering.
dibelasahnya aq di kubur.
tiada siapa membantu.

(ini baru membelit,bayangkan kita yg dibelit dan dibelasah keseorangan."Allah,sakitnya.maafkan kami.hidupkan kami kembali.agar dpt kami bertaubat dan beramal lagi.!"
tiada ampun lagi bila nyawa terpisah dengan jasad )


nau'zubillah.
maafkan aq Allah.
maafkan dosa kami YaAllah.

jauhi kami dari azab2 Mu ya Qaliq.





(setiap hari doa ayah,adalah utk mendapt anak2 yg soleh solehah)

(jenaka ayah adalah hiburan kami.manja ayah pada mak sangat membahagiakan kami)

(anak sulungnya yg dulunya sekeras dinding,kini terbentuk mengikut acuan ayah:)
kerana anak2nya cinta ibu ayah)






Thursday 22 December 2011

#3 PESANAN AYAH

PULANG KE RUMAH..

rabu lepas ade pasar malam di bandar U..aq xsempat nak ke sane jadi aq kirimkan pesanan pade kawanku aisyah(sepet) utk blikan aq tudung..

(*mimi)"sepet,belikan aq tudung blh?ala,yg macam poyie selalu pakai tu..nah duit ni..rm20 tp jgn kecik sangat nanti ayah aq marah."

(*sepet)"yela,nanti aq belikan.nak warne ape?"

(*mimi)"warne pink,tme kasih!..sayang sepet..:)"

pagi jumaat tu,aisyah datang ke rumah sewa dgn ayah nya semata2 nak hantar barang yg aq kirim..

lewat petang nanti,kakakku bersama suaminya datang menjemput jadi aq bersiap awal.

(*mimi)
"nana,camne kalau aq pakai tudung ni balik umah?"

(*nana)
"ermmm,cuba pakai."

(*shahida)
"ok je mimi.kenape?"

(*mimi)
"takut ayah marah.kecik la tudung ni.ermm,try la pakai,nak tau ape pendapat ayah"

jubah coklat ku padan dengan tudung hitam baru .selesai bersiap,kakak tiba.

sampai saja kakak,kami makan sekejap di kedai.
sambil menunggu pesanan,kami snap kejap:)

(bersama domo ku,mee share:P)



beberapa ribu saat berlalu,akhirnya tiba kami di rumah.seperti biasa,kepulangan kami disambut mak,ayah,adik2 yang ramai di muka pintu.

usai mencium pipi emak yg semakin slim dan tubuh yg extra kecil dari aq, ayah tersenyum menyambut salamku. alhamdulillah,anak ayah pandai menutup aurat. 

aq senyum lalu duduk di ruang tamu.penuh ruang tamu terbentang tilam,bersusun bantal,terbentang selimut2 sbb adik2 sepupu bercuti di rumah.



ayah datang duduk di sebelah.



(*ayah)
"kamilah,pandang ayah kejap."

seperti yg aq jangkakan,ayah membelek tudung!

(*ayah)
"cantik anak ayah.
tapi,ayah nak cakap sikit dengan akak,
akak kenal Dr.muhaya?


sejujurnya,dulu aq pon tak kenal sape dia.rupany dia seorg doktor pakar mata.dan menjadi pendakwah sekaligus.pandangan2 nya memang bernas,straight forward dan islamic view.ank didik Tuan Guru Nik Aziz rupanya.

sambung dialog ayah.

"ayah tengok akak dah ok dengan jubah ni,tapi..."

ayah senyum.
ayah membelek2 tudung yang masih belum ku tanggalkan sebab suami kakak ade kat situ jugak.


"ayah dga Dr.muhaya kat IKIM tadi.kalau akak tambah lagi 3 inci  tudung ni,mesti lagi ok!"

bersungguh ayah menegur aq.ayah ada cara nya tersendiri.menegur kasalahan puteri kesayangan ny ini acap kali.

tiba2,menulis dialog itu di sini,aq menangis.
cintanya ayah pada aq.lembutnya cara tegurannya.

"akak susah hati ye tiap kali ayah tegur akak? ayah bukan berniat nak buat akak sedih,tapi sebagai ketua keluarga ini lah tanggungjawab ayah anakku"

ayah mengusap kepalaku,menepuk2 bahuku.

aq hanya diam..
dalam hati,aq sgt terima apa yg ayah pesan.
pernah dulu aq minta masa dr ayah utk cari diri aku semula.

ayah risau dengan perubahan aq ketika di semester 3.aq pon tak tahu kenapa la aq begitu goyah dulu.

aq masih ingat pesanan ringkas yg masuk ke inbox telefon..

(*ayah)
"akak ade masalah?kenapa ayah tengok akak lain sikit sejak 2 menjak ni"

(*mimi)
"akak minta ayah sedikt masa utk betulkan kelakuan yg mak ayah tak redha.doakan akak dapat 1 kekuatan yg berkekalan ayah.doakn akak ye.terima kasih ayah."


ku terang sedikit sebanyak yang termampu.
tapi balasku di situ merupakan 1 janji.

aku juga menunggu masa utk kembali kpda kamilah yg dulu.

(*ayah)
"ayah pon tak tahu sgt nk berikan hujah2 bernas.apa kata akak buka info2,maklumat2,ceramah2,kuliah2 agama dalam internet?kan banyak kat situ.senang cari.ayah sentiasa doakan kebaikan anak2 ayah."

menangis aq seorang di tikar sejadah ketika itu.sayunya hati.ayah tidak mendesak.masih memberi masa.sentiasa memberi masa.sentiasa meredhai.sentiasa mendoakan.sentiasa mencintai.terima kasih ayah.




selang beribu2 jam...
aq membeli tudung baru..


"ayah! akak ade beli tudung baru.cantik tak?"

(*ayah)
"ha,macam ni baru la cantik.kan dah tambah 3 inci tu.bagus."

ayah,mak,kakak,adik2 senyum bila aq peragakn tudung dihadapn seisi rumah.

perangai ceria kembali datang dengan komen positive ayah..

cutiku terus bermakna..

(with my lovely mama)











Sunday 18 December 2011

#2 percutian keluarga:)

assalamualaikum..
ok kali ni cerita pasal aktiviti hari cuti anda..ala buat2 tak taw pulak..musim cuti skolah kan tgh bermaharajalela..

tapi malangnye aq di kampus ni tak same cutinye dengan budak2 skolah..byk sgt aktiviti diorg buat kat rumah tanpa kehadiran aggota keluaga mereka seorang ni..huhu..

aq adalah anggota keluarga Encik Azhar yg paling aktif dan nakal di antara semua..tak caye?nanti tny mak taw..huhu..name mak ialah Puan Hasnah..

haa..diorang buat barbeque,memancing,shopping,g kenduri(*termasuk gak tau..),mandi manda,bergurau senda..dan melawat haiwan2 di zoo(*sebb aq byk adik beradik yg masih kecil..haha)

aq suke bergamba..so akan ku upload gamba2 aktiviti kluarga yg ade aq shje..haha..
otw ke lostWorld tambun

da tiba..

ade sume membe of family except k.anis!(*dye g mne ntah)

kat pettingZoo

takut r kne patuk ng merpati mahkota ni..*sigh

happynye muke!

ayah yg hensem..
mak memandu:)*stressnye muke

gamba ni dan gmba di bwah adlh 1 crite..nk kene kn nyah n a.wan..

kan da kene!haha


shopping baju nmpak:)

kat teluk batik..singgh jap sbelum g Taiping!


tara...........

da tiba zoo.melawat kawan afifah miyata..haha

zirafah ni frenly taw..dye datang dekat ngn kami aritu..

#1 love domokun..

hari ni hari ahad.aku,nana,pipah n syda keluar la ke bandar U utk menadah sedikit cahaya matahari slps bbrpa hari terperuk kat bilik.

bandar U?tu la bandar yg tak berape nk bandar la..U stands for Universiti..
tiba sje ke sane,destinasi pertama kami ialah RING RING ONE SHOP:)
benda pertama yg aq nampak ialah.....DOMO_KUN!


comelnye........aq tersangat la ske kaum kerabat domo ni...tak tau la kenapa.kalau yg baru 1st time tgk karakter domo ni,msti korang "tangan dibahu,mata ke atas!"...


dengan mata yg bersinar2,terus ku pluk domo yg ade pattern lain ni..huhu..selaluny aq bli keychain,bekas letak fon,bentuk domo yg biase2..tapi hari ni aq jmpe yg cam ni..comelnye!
nanti aq upload gamba2 brg kesygn aq ni..


tapi waktu aq da pluk domo tu,kami spatutny ade agenda lain..nak ke tesco..nana,pipah,syda beria bising xbagi bli lg..kateny nnti malu nk bawak kesane kemari domo tu..


lagaknya mcam ibu2 yg tak stuju ank pompuan diorg bli ank patung..hahaha...bisingnya bakal2 ibu kt dpn aq ni...

(*dialog nana kalau dah jd ibu:"eh wani,tak pyh la bli lagi,nnti susah nk bawak ke tesco,malu la ibu...ibu xtak bwakkan....papa wani tu dah la pemalas nk tolong ibu angkat barang..")


(*dialog pipah sebagai mama:"hey arisa!ape ni.....kn mummy cakp mummy nk mo arisa beli benda bukan2 ni..xmo2!pi letak balik!")


(*dialog syda sebagai umi:"yaAllah ank umi ni,zarith!ape yg kamu pegang tu!knape buruk sangat!dah2 xpayah nk pujuk umi beli bnda bukan2 ni..dah la mahal,tak berfaedah..ni sume kemahuan je..jangan membazir...walid kamu marah umi nnti blikan benda ni..")


hahahahaha...nasibla sape jadi anak diorang....
so,sambung kesah aq pulak..
plukn erat terhadap domo yg menawan hatiku itu terlerai jugak..


dah beria sangat diorg meleter..aq pon pasrah..tak beli dan trus ke tesco..tapi dalam hati.....wua:'(
teringat domo yg menawan itu!aq nmpk domo dimana2..muke jurujual coolBlog tu pon cam domo!oh tidak...


tak boleh jadi ni..musti beli!


selepas bertarung dng tekanan dari pipah,nana dan syda..

(boleh pulak diorg brainwash aq kat foodcourt xbagi aq bli!)

aq pon g semula ke RING RING 1 SHOP..hhahhahaha..aq tersenyum lebar kerana domo setia menunggu aq di almari kaca tu...huhu...

    nmpk tak yg mcm ade cap itam tu?tu la my purse:)
 bnda pertama yg mak belikn tp buatkn aq jatuh hati ng domo 


yg ats skli tu baru bli..yg bulat tu case fon..
(*tetibe ade mp3 nana -__-")

apsal gmba cam huduh ni..* sponsored by htc pipah) 

                                        love domo...(*ade sape2 bantah?)


happy family(*tikar piqa lebih menyerlah)


                  enjoy the pictures!sayang domo....muah!
                                                  tata..