Friday 12 June 2015

#86 satu-satunya post 2014

bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

hari ini bertarikh 15 Ogos 2014. genap 15 hari aku bergelar seorang isteri.
tarikh pernikahan pada 31 Julai 2014 yang lepas rasanya sudah terlalu lama. bersendirian di rumah menunggu pulangnya suami dari bekerja. bila dah kebosanan macam ni, baru la teringat nak isi blog yg dh lama tak berusik.

sebulan bercuti sebelum sambung semester 6. masih berbaki setahun untuk aku tamatkan pengajian. belum sempat tamat belajar tapi aku dah ambil keputusan untuk berkahwin. entah apa sebabnya tak dapat nak di tangguh lagi perkahwinan ini. topik ini selalu saja aku ajukan pada suami. katanya, dah ketentuan Allah. Dia sebaik2 pengaturcara. jadi selama sebulan ini, berpeluanglah aku melayan keperluan suami, menguruskan rumah yang masih membina tangga utuh. masih belajar. masih bertatih. masih baru. masih masin kelat tawar.

mahu aku kongsi detik2 nak membina sebuah keluarga. sebagai tatapan aku sendiri bila dah beruban nanti. kisah seorang hamba Allah yang tak punya sebarang modal untuk berumah tangga.

Ya, di fikiran aku, sekurang2nya aku perlukan 5k dalam simpanan untuk melangsungkan majlis. bila dirisik2 pengantin lama, kata mereka bakal pengantin perempuan perlu ada wang sendiri. selama setahun aku siapkan mind set untuk modal. ke mana mahu cari wang? aku cuma seorang pelajar. ketika aku mengikat tali pertunangan, usiaku 22 tahun, pelajar ijazah Computer Science semester 3. duit ptptn pun cukup2 makan.
sudahnya isu wang langsung aku lupa.

masuk semester 4, sama. tak ku terfikir soal duit. semuanya aku serahkan pada Allah. hal2 duit aku cuma harap dari pihak lelaki, wang hantaran 10k itu diharap cukup.

banyak kali aku bincang dengan ayah, aku tak mahu majlis besar2an. cukuplah sekadar memaklumkan orang kampung yang aku sudah bernikah. ayah setuju. alhamdulillah.

tinggal beberapa hari lagi tarikh nikah, aku pun selesai semester 5 pada 12 hb Julai 2014. aku pulang ke kampung pada 17 hb Julai 2014. ayah dah pening. aku lambat balik kampung. banyak benda nak disiapkan. bilik aku baru 2 hari siap setiba aku di kampung. nak simen lantai. nak beli langsir.nak siapkan tabir bilik.nak kemas rumah. nak siapkan peralatan memasak.

hari makin dekat. nikah berlangsung raya ke 4. aku beraya seperti biasa pada raya pertama dan kedua. tiba raya ke 3,  memang seawal perbincangannya aku tak mahukan hantaran atau goodies. bukan apa, niat u mahu minimumkan kos kerana aku sendiri tak keluarkan sesen pon wang. semata2 harapkan duit encik bakal suami ketika itu.

hari pernikahan tiba, aku ditemani kawan baik ku, Aisyah. :)
dalam serabut majlis kecil ku hari itu, yang aku perlukan sangat2 ialah kawan baik satunya,
dia ada. dengan selamba aku tersenyum. dan terlupa risau yang menggila. ini realiti. aku beruntung aku ada dia.

pagi2 lagi selepas sarapan, aku minta tolong adikku Siti untuk bawakan kami ke pekan Tapah. make-up. bukan tukang make up datang ke rumah. kami yang bertandang ke butik untuk di make-up. beruntung dan juga mungkin rezeki aku, upahnya tak mahal. RM100. pernah juga tanya butik pengantin lain. upah make-up RM300. bagi aku yang tak bermodal ni, semestinya aku pilih yang murah. alhamdulillah. pandai kak Linda uruskan mukaku yang ehem2 ni. alahai.

aku selamat diijab qabulkan dengan sekali lafaz. Sah menjadi isteri Mohamad Amirul Asraf Bin Hamsi.
tak mewah. tapi sudah selesai majis. tanpa modal 5k sendiri dari aku, tanpa bunga2, tnpa hiasan kamar pengantin, tanpa cincin batal air sembahyang, tanpa hantaran mewah, cukup dengan mas kahwin dan beberapa barang hadiah dari suami. cukup bagi aku. cukup bagi seorang pelajar yang baru berumah tangga.

wang hantaran 10k masih berbaki 5k. 5k untuk kelangsungan hidup selepas berkahwin. dengan baki yang ada, dapat la rumah di isi dengan barang keperluan. Alhamdulillah, lengkaplah sudah 1 peristiwa lagi dalam kisah aku.

aku tamatkan pencarian cinta aku dengan sebuah perkahwinan sederhana. tak mewah. tapi cukup. tak mewah tetapi lengkap.

terima kasih kepada ahli keluarga, sanak saudara dan jiran2 yang banyak membantu menjayakan majlis pernikahan kami. semoga Allah merahmati dan hujankan rezeki melimpah ruah pada kalian. :)