Monday 15 August 2016

#89 AYAH KITA

#88 AYAH KITA

kali ni mummy nak cite pasal ayah.
pasal ayah mummy.pasal abah hana.
macam mana berkorbannya emak kita.dibelakang nya ada ayah kita. opah ada atok. mummy ada abah.

dulu mungkin perasaan utk nampak berkorbannya ayah pd keluarga tu samar2.ye mummy taw ayah berkorban. tapi dr sudut ape? macam mana nilaian korban itu di mata mummy sebagai seorang anak? anak tahu,tapi persoalannya. sejauh mana 😊
opah selalu bercerita, macam mana atok berjuang berkorban semasa kami,anak2 dilahirkan. memang si ayah tak meneran di dewan bersalin. memang si ayah tak berguling menahan contraction. tapi fahamla di hati wahai anak. ayah juga berkorban. 

mummy lihat dr sudut situasi sendiri.
abah hana cerminan situasi.
lelaki. yg kita panggil ayah. abah.papa.bapak. apak.baba.babah. walid. sekental mana hatinya. sekuat mana hatinya. seteguh mana egonya. bila bab anak, runtun jiwa. terharu. mengalir air mata. bila kita.anak2 ni lahir dengan selamat didunia.
yg bekerja tekun nak lengkapkan keperluan anak.
yg berkejar2 sebelum ibu nak bersalin.
yg berlari2 anak nak selesaikan dokumen bagai.
yg bersengkang mata diluar wad menunggu saat anak isteri dilapor selamat.
perjuangan jiwa.
perjuangan air mata.
jgn kita kata ayah tak risau.
jgn kita kata ayah tak endah.

dibalik tirai surau.dia lah yg sedekahkan doa buat anak ibu selamat melahir dan dilahir.
di balik tadah tangan, ada air mata mohon penuh rendah.

saat abah hana jumpa mummy lepas kua dr dewan bedah.
mummy ingat situasi nya.even baru sedar dr mamai.
mummy. hana comel.
mummy. hana comel.
anak kita comel.
sambil mata abah hana bergenang.abah genggam tangan mummy kejap.erat.hangat.rahmat.

bila hana baca ni nanti.
bisiklah pd abah.
terima kasih abah.
doakan mummy dan hana selamat.selalu.
hana syg abah 😳.selalu.

orang kata anak lambang cinta sejati ibu ayah.
bagi mummy. hana adalah rahmat dr semua yg mendoakan kita.
opah.atok.maktok.tok ayah.makcik pakcik.kawan2. semua. kita adalah dr hasil doa ikhlas semua.

terima kasih semua.
terima kasih.

0 comments:

Post a Comment