Tuesday 16 August 2016

#89 RAGAM AWAK



semalam hari isnin, selalu hana monday blues.tido nyenyak sampai ke pagi sebab selalunya sabtu ahad hana keluar jalan2 atau main sakan dengan abah mummy. berkepit sakan sabtu ahad mybe sbb tu isnin hana flat. so semalam abah nak g keje tak sampai hati nak gerak hana tido. sebab tido mcm keletihan sangat. abah cium hana then terus pegi kerja.

Hana bangun tido jam dah pukul 8pagi. tengok keliling. takde abah. suara abah mana? yang selalu kacau hana tido? yg selalu geletek hana tu. mummy cakap abah dah pegi keje. petang nanti abah balik 😊

tak sangka pulak mummy, hana meragam seharian. duduk tak kena.baring tak kena. makan tak selera. 3x mummy suap makanan,hana makan separuh je. tu pon menanges2. alahai anak. konfius mummy. selalu tak nak pon berdukung sangat. sudahnya tak masak la ape2. mummy makan ape yg ade 😉

petang semalam pon hana tido kejap2 then merengek. mummy fikir la jenuh jenuhh. ape salah hari ni sampai hana moody. i had no idea! kebetulan abah balik lambat. 7 petang. selalu pukul 6 lebih abah dh sampai. kelam kabut telefon abah,kring kring kring eh eh kawan mummy yg angkat. aunty sai! rupanya mummy tersalah dail laaaaa. mana tak nye. dengan hana melalak nak abah. hahahaa.
abah msuk je rumah,bagi salam.masuk bilik cari hana. hana merajuk. tak nak tengok muka abah.hana pandang bawah je. baru 6 bulan. tapi dah pandai merajuk ye. 😎
abah dukung hana .mcm beruang koala peluk pokok, camtu la hana. diam je.hana sandar kat bahu abah yg beso tu. rehat santai 10minit tanda protes. abah senyum.abah ckp sorry hana. pagi tadi abah tak kejut sbb kesian tgk hana.mcm penat je. ok esok abah janji esok abah gerak hana sebelum abah g keje ye hana? meh main dengan abah.abah ade belikan bola utk hana. 😋 dan rambutan utk mummy.sebab kat ofis tadi abah baca mummy post teringin rambutan. hiris masuk peti ais. sedap makan sejuk2!

slu lps abah balik mummy suap hana makanan. suprisingly, hana makan tak sampai beberapa minit makanan hana dh licin.selera balik sebab dah tengok muka abah. 😆

hari ni selasa. abah nak gerak hana  bangun. tengok2 hana dh bangun dulu. benda mula2 hana bagi kat mummy abah celik2 mata tu la senyuman yg pling manis dlm dunia. semanis madu. ngehngehngehhh. hana ghenyih.tengok abah gosok kemeja sendiri. selalu mummy gosokkn. tp tadi mummy bangun lewat.abah la kena buat.kalau tak lambat g keje. waktu mummy menulis ni dlm pukul 4ptg. alhamdulillah. hana ceria fresh senyum positif! mood hana tiptop! sebab hana nampak abah pagi tadi. hana salam cium tangan abah. hana peluk kuat2 abah sampai penyek2 hidong. hana nampak abah pakai helmet pakai stokin pakai jaket nk g keje. harini hana hantar abah sampai depan pintu. hana taw abah nak kemana. 😆
alhamdulillah. senang keje mummy hari ni.
xpayah pikir2 kenapa hana meragam sebab hari ni hana ceria. hana ceria mummy ceria...hahahahahhaa.

oh anak. bila hana baca nanti. kami dah tua. mungkin kami tak ingat dah kisah mudah ni.jadi mummy rekodkan kat sini.
bila kami dh tua nanti, lawatlah kami selalu. mcm mana hana tunggu abah balik dr keje,mcm tu lah kami tunggu hana nanti 😊

andai panjang jodoh keluarga kita, tahu lah hana yg abah sayang hana. 

0 comments:

Post a Comment