Saturday, 3 September 2016

#91 BISIK SI ABAH


hari ni 4hb sept 2016. oleh sebab abah ade kenduri kat lumut, abah check-in terus kat teluk senangin. niat nk bawak anak jalan2 tgk nature. tgk pokok.tgk kampung. tgk laut. mak dengan ayah hana ni budak kampung. sangat la sedap rasanya dapat dok kampung tepi laut ni.

 petang tadi bah bawak hana jalan2 tepi laut. hana 7 bulan dah. hana melonjak2 dalam dukungan abah. taktaw la mummy kalau hana dah tau erti sonok main air. tp bila abah just dukung dan tak bg pon hana celup air terus x heksited dah muka. haahhahahaahahahaa. dok moncong je tgk kakak abang mandi air laut. ptg tadi sunset cntik subhanallah. kita bertiga tengok kebesaran Allah sambil abah ajar hana how to pronounce subhanallah. kahkahkah.. Na tecik lg.. apa la abah ni. 😉



balik je hotel, mummy sakit kepala.macam biasa la migrain mummy ni. pantang lambat sikit makan mula la migrain. patut la berat mummy makin naik. ni sebab migrain.kena makan selalu.. kuuuttttt. hahahahaha.
mummy tido. nak tido. tapi xbape lena sbb hana ade kes tergolek dr tilam. so mummy tido2 itik. nervous takut trauma. takut hana buat aksi stunt lg. maklumlah. umur macam ni hana sangat lah lasak aktif lesak padu jiwa kuat gagah berani mencuba dan semestinya hana taktau sakit tu apa. tau2 " stunt done ". hahaha 😂

tiba2 mummy dengar abah sembang dengan hana.
abah bawak hana jalan2 sebab nak tengok hana happy. mummy happy.
kalau dua2 happy,barulah abah pon happy.
abah cakap pelan2 dengan hana. tak nak shre ngn mummy dah. sume hana. hahahahhaa.

see anak?.
itulah style ayah kita.
mana2 pon dulukan anak.
dulukan mak anak.
niat yg baik tu Allah suka.
terima kasih ayah mummy.
terima kasih ayah hana.
terima kasih ayah2 di dunia.
sebab bahagia membahagiakan keluarga.
semoga kami gedung2 pahala buat ayah2 sekalian.



hana. coretan mummy buat masa ni mungkin berkisar dengan nama hana shj.
sebab waktu ni mummy just ada hana.
dan mood mummy nak menulis adalah pd waktu ni.
dan mummy byk waktu free.
jd mummy tulis. jangan lah hana hairan kalau lps ni mummy tak update ape2 kat blog sbb mybe waktu tu mummy,dah tua dan tak rajin mcm hari ni. hahahahahaa.

i love u anak.
kami sebagai mak ayah syg anak hana.
barulah mummy tau macam mana opah atok maktok tok ayah sygkn kami.

ok mummy stop sini dulu ye.muah!






#90 HANA JATUH TILAM

#90 HANA JATUH TILAM

bru je kejap tadi hana jatuh dr tilam. calar bawah mata hana. siap ade lebam lagi. yela.bawah mata kan nipis kulit nya. mummy pujuk hana.bagi susu. tapi hana xnak pon. menanges sakit. aduh. mummy panik. call abah. call opah. call mak tok. wassap kawan2 umah sewa tapah. pastu mummy try be cool. takde ape2. hana tertonggeng tilam je. learning process bak kata aunty sai. aunty pooja pon ckp yg positif. so mummy kena positif.

tapi.... bila dengar je hana merengek dah mummy rasa serba salah balik. selalunya mummy tak tido ptg. entah kenapa boleh terlelap mcm mengantuk sgt. hana bru lunch sblm accident tadi. hana muntah sikit.
pening ke Na? sakit lagi? aduhai. hana tak reti cakap lagi. panic attack mai dh. mummy pon ape lagi. rabak ayo mata. hana tak dengo lagi raungan seram mummy smbil dokong hana. seram..



macam mana la boleh tertonggeng.
macam mana la boleh terlelap.
macam mana la boleh jadi.
mummy tarik nafas..garu muka..menung jap. entah ape la abah kamu cakap balik keje nanti. tgk luka kat muka hana, rse robek jiwa mummy ni. careless nya mummy jaga hana. maafkan mummy sayang. moga cepat lega cepat sembuh.

tiba2 teringat, waktu umur hana 4 hari. bacaan jaundice hana 14. cek kat klinik kampung opah.padahal bru semalamnya kita kua wad bersalin. mummy dah sonok dah boleh dok umah. hari tu hari jumaat. bila bacaan 14 nurse soh masuk wad kanak2 sbb jaundice hana tinggi. nurse siapkan surat refer hospital teluk intan. mummy dah bergenang ayo mata.tak taw kenapa. padahal hana x meraung pon.hana tido je dlm cot tu. nurse plak tegur eh ibu sedih ke? jgn ko tanye la nurse. dr ayo mata bergenang je terus meraung muke sebik muke kongkang kua menanges kat public. silap bosa la tegur org tgh tahan nanges kan.aduhai. taktaw la kenapa sedih sgt hari tu.  abah ade masa tu teman kita. abah kata xpe. masuk je wad.bgi cepat bacaan hana  turun dok bwh lampu biru.dh stop nanges kt klinik. balik umah opah nk packing baju hana ng mummy nk dok wad, mummy meraung lagi. pening abah kamu Na.mummy ni nmpk je kuat tp kuat nanges wooooo. haha. abah sabo je padahal tgk mummy kecik beso kecik beso dh. merasa la kite dok wad kanak2 2 hri.smpai hri ahad.

oh.hana.taip punya taip. hana tido atas riba mummy. trauma sgt ke ni xnk tido ats tilam? 😂 soryyyyyy la sayanggg......jgn la marah. wuaaaaa rase nak nanges balik la!!!!!

takpe la. biar hana tido lama sikit kat riba ni. sian hana. ok mummy kena denda cam ni.


sampai umur hana hari ke 15,sepatutnye bacaan jaundice hana kena makin turun.kalau tak turun, kena masuk wad lagi.  waktu tu kita berpantang kat umah maktok,bagan serai. tak pasal2 seharian hana dok bawah lampu biru kat klinik bagan. alhamdulillah turun jd 8. pastu ade nurse suggest beli ubat titik kt klinik di parit buntar nk turunkan bacaan jaundice. best ubat tu Na, makin lama makin trun dan hana completely sihat. 😁 nk tgu bacaan jaundice hana tu rse mcm nk tgk pointer semester. hahahahaa. waktu bacaan Na 14 tu lebih kurang rase kena repeat paper calculus tp lagi worse dr kena repeat. sedihhhh woooo.
oh hana dh tido nyenyak. kebas kemain tangan ng kaki  ni Na. 😂😂😂😂😂😂

tengok Hana tido, baru la lega hati ni.
then mummy rasa lapo! xmakan lagi ni.
hana tido jap ye. nak makan ni. takut kalau lapo sgt takut mummt tergeget hana.
love u Hana!
maafkan mummy pasal hari ni ye?
mummy janji jumaat ni kite balik kg.
😘😍

Tuesday, 16 August 2016

#89 RAGAM AWAK



semalam hari isnin, selalu hana monday blues.tido nyenyak sampai ke pagi sebab selalunya sabtu ahad hana keluar jalan2 atau main sakan dengan abah mummy. berkepit sakan sabtu ahad mybe sbb tu isnin hana flat. so semalam abah nak g keje tak sampai hati nak gerak hana tido. sebab tido mcm keletihan sangat. abah cium hana then terus pegi kerja.

Hana bangun tido jam dah pukul 8pagi. tengok keliling. takde abah. suara abah mana? yang selalu kacau hana tido? yg selalu geletek hana tu. mummy cakap abah dah pegi keje. petang nanti abah balik 😊

tak sangka pulak mummy, hana meragam seharian. duduk tak kena.baring tak kena. makan tak selera. 3x mummy suap makanan,hana makan separuh je. tu pon menanges2. alahai anak. konfius mummy. selalu tak nak pon berdukung sangat. sudahnya tak masak la ape2. mummy makan ape yg ade 😉

petang semalam pon hana tido kejap2 then merengek. mummy fikir la jenuh jenuhh. ape salah hari ni sampai hana moody. i had no idea! kebetulan abah balik lambat. 7 petang. selalu pukul 6 lebih abah dh sampai. kelam kabut telefon abah,kring kring kring eh eh kawan mummy yg angkat. aunty sai! rupanya mummy tersalah dail laaaaa. mana tak nye. dengan hana melalak nak abah. hahahaa.
abah msuk je rumah,bagi salam.masuk bilik cari hana. hana merajuk. tak nak tengok muka abah.hana pandang bawah je. baru 6 bulan. tapi dah pandai merajuk ye. 😎
abah dukung hana .mcm beruang koala peluk pokok, camtu la hana. diam je.hana sandar kat bahu abah yg beso tu. rehat santai 10minit tanda protes. abah senyum.abah ckp sorry hana. pagi tadi abah tak kejut sbb kesian tgk hana.mcm penat je. ok esok abah janji esok abah gerak hana sebelum abah g keje ye hana? meh main dengan abah.abah ade belikan bola utk hana. 😋 dan rambutan utk mummy.sebab kat ofis tadi abah baca mummy post teringin rambutan. hiris masuk peti ais. sedap makan sejuk2!

slu lps abah balik mummy suap hana makanan. suprisingly, hana makan tak sampai beberapa minit makanan hana dh licin.selera balik sebab dah tengok muka abah. 😆

hari ni selasa. abah nak gerak hana  bangun. tengok2 hana dh bangun dulu. benda mula2 hana bagi kat mummy abah celik2 mata tu la senyuman yg pling manis dlm dunia. semanis madu. ngehngehngehhh. hana ghenyih.tengok abah gosok kemeja sendiri. selalu mummy gosokkn. tp tadi mummy bangun lewat.abah la kena buat.kalau tak lambat g keje. waktu mummy menulis ni dlm pukul 4ptg. alhamdulillah. hana ceria fresh senyum positif! mood hana tiptop! sebab hana nampak abah pagi tadi. hana salam cium tangan abah. hana peluk kuat2 abah sampai penyek2 hidong. hana nampak abah pakai helmet pakai stokin pakai jaket nk g keje. harini hana hantar abah sampai depan pintu. hana taw abah nak kemana. 😆
alhamdulillah. senang keje mummy hari ni.
xpayah pikir2 kenapa hana meragam sebab hari ni hana ceria. hana ceria mummy ceria...hahahahahhaa.

oh anak. bila hana baca nanti. kami dah tua. mungkin kami tak ingat dah kisah mudah ni.jadi mummy rekodkan kat sini.
bila kami dh tua nanti, lawatlah kami selalu. mcm mana hana tunggu abah balik dr keje,mcm tu lah kami tunggu hana nanti 😊

andai panjang jodoh keluarga kita, tahu lah hana yg abah sayang hana. 

Monday, 15 August 2016

#89 AYAH KITA

#88 AYAH KITA

kali ni mummy nak cite pasal ayah.
pasal ayah mummy.pasal abah hana.
macam mana berkorbannya emak kita.dibelakang nya ada ayah kita. opah ada atok. mummy ada abah.

dulu mungkin perasaan utk nampak berkorbannya ayah pd keluarga tu samar2.ye mummy taw ayah berkorban. tapi dr sudut ape? macam mana nilaian korban itu di mata mummy sebagai seorang anak? anak tahu,tapi persoalannya. sejauh mana 😊
opah selalu bercerita, macam mana atok berjuang berkorban semasa kami,anak2 dilahirkan. memang si ayah tak meneran di dewan bersalin. memang si ayah tak berguling menahan contraction. tapi fahamla di hati wahai anak. ayah juga berkorban. 

mummy lihat dr sudut situasi sendiri.
abah hana cerminan situasi.
lelaki. yg kita panggil ayah. abah.papa.bapak. apak.baba.babah. walid. sekental mana hatinya. sekuat mana hatinya. seteguh mana egonya. bila bab anak, runtun jiwa. terharu. mengalir air mata. bila kita.anak2 ni lahir dengan selamat didunia.
yg bekerja tekun nak lengkapkan keperluan anak.
yg berkejar2 sebelum ibu nak bersalin.
yg berlari2 anak nak selesaikan dokumen bagai.
yg bersengkang mata diluar wad menunggu saat anak isteri dilapor selamat.
perjuangan jiwa.
perjuangan air mata.
jgn kita kata ayah tak risau.
jgn kita kata ayah tak endah.

dibalik tirai surau.dia lah yg sedekahkan doa buat anak ibu selamat melahir dan dilahir.
di balik tadah tangan, ada air mata mohon penuh rendah.

saat abah hana jumpa mummy lepas kua dr dewan bedah.
mummy ingat situasi nya.even baru sedar dr mamai.
mummy. hana comel.
mummy. hana comel.
anak kita comel.
sambil mata abah hana bergenang.abah genggam tangan mummy kejap.erat.hangat.rahmat.

bila hana baca ni nanti.
bisiklah pd abah.
terima kasih abah.
doakan mummy dan hana selamat.selalu.
hana syg abah 😳.selalu.

orang kata anak lambang cinta sejati ibu ayah.
bagi mummy. hana adalah rahmat dr semua yg mendoakan kita.
opah.atok.maktok.tok ayah.makcik pakcik.kawan2. semua. kita adalah dr hasil doa ikhlas semua.

terima kasih semua.
terima kasih.

#88 SELAMAT HARI RAYA CINA

 CORETAN BUAT HANA

Bismillahirrahmanirrahim.
bulan ogos.genap hana 6 bulan.baru 6 bulan mummy jaga hana. tapi macam2 pelajaran hidup mummy dapat.

pelajaran terbesar tu waktu nak bersalinkan awak.
rezeki mummy bersalin czer. 
ramai yg membanding2kan bersalin normal dengan bersalin operate. mummy pon xmerasa lagi macam mana rasa bersalin normal tapi mummy dah rasa 3 hri contraction sebelum masuk bilik bedah. haha.
sedap Na. tulang belakang mcm kena lenyek ngn bulldozer. :)
tpi bukan sakit tu yg nk dikesahkan.
waktu tu mummy terbayang macam ni la mak mummy sakit dulu. pelajaran terbesar tu. opah sanggup sakit macam gini punya xmasuk akal punya sakit opah harung.
hana bayang la. anak opah ade 9 taw.😎

sejak dari kejadian besar tu 8.2.2016, time bunga api meletop2 pkul 12.14 tgh mlm. sebab malam raya cina.
sejak dr tu Na, mummy makin respect tabik spring kat opah hana. sungguh mulia,besar pengorbanan mak mummy. bila mummy tgk muka opah masa opah melawat mummy kat wad, mummy rase opah adalah unsung heroin. Allah.....
waktu tu mummy rse nk sujud cium kaki opah. mcm ni ke sakitnye mak nk bersalinkan akk dulu. tpi waktu tu mummy lemah. xlarat. perut masih fresh luka. mummy hanya mampu senyum pd opah. even time tu xsampai 24jam kua bilik bedah.mummy senyum 😆 mummy nak tunjuk kat opah yg mummy kuat mcm opah! 
betul la kata org,
IBU ENGKAULAH RATU HATIKU.
mak.ibu.umi.mummy.mama.omma.amma.emak.seantero dunia.
kalianlah pejuang! 
kalian perwira!

even dah 6 bulan mummy keluar dr dewan bersalin. mummy ingt lagi rintih sakit pedih bergulung guling mak2 katil sebelah yg menahan contraction. 
patutlah doa ibu tak de hijab.
doa ibu mustajab.
doa ibu mujarab.
doa ibu terus ke langit!!

tanpa doa ibu. sapa lah kita.
tanpa doa mak. sapa lah anak mak ni.
Allah.Allah.Allah. terima kasih ats pelajaran besar ini.

Hana. mummy mencurah isi hati ni sambil hana guling2 tido sebelah mummy.
mummy teringat opah baring sebelah hana kalau kita balik kg.
macam mana opah layan hana. baru la mummy tahu macam tu la cara opah cium mummy dulu.
penuh kasih.
penuh cinta.
penuh doa.
penuh sayang.
penuh dengan rahmat.
penuh berkat.
oh macam ni mak belai akak dulu.macam ni nasihat mak pd akak dulu.

Dengan kuasa Allah! sempat lagi mummy lihat kasih syg opah pd anak mummy.dengan hidayah Allah! sempat lagi mummy merasa kasih syg opah. mcm mana opah cium tapak tangan hana,mcm tu lah kasihnya opah pd mummy.
terima kasih Hana.
bagi pengajaran besar kali ni.

Hana. hormatilah org tua.
syglah opah atok kita.
syglah makcik pakcik kita.
sebab mereka.
WIRA WIRAWATI KITA.

salam hari kemerdekaan.



Friday, 12 June 2015

#86 satu-satunya post 2014

bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

hari ini bertarikh 15 Ogos 2014. genap 15 hari aku bergelar seorang isteri.
tarikh pernikahan pada 31 Julai 2014 yang lepas rasanya sudah terlalu lama. bersendirian di rumah menunggu pulangnya suami dari bekerja. bila dah kebosanan macam ni, baru la teringat nak isi blog yg dh lama tak berusik.

sebulan bercuti sebelum sambung semester 6. masih berbaki setahun untuk aku tamatkan pengajian. belum sempat tamat belajar tapi aku dah ambil keputusan untuk berkahwin. entah apa sebabnya tak dapat nak di tangguh lagi perkahwinan ini. topik ini selalu saja aku ajukan pada suami. katanya, dah ketentuan Allah. Dia sebaik2 pengaturcara. jadi selama sebulan ini, berpeluanglah aku melayan keperluan suami, menguruskan rumah yang masih membina tangga utuh. masih belajar. masih bertatih. masih baru. masih masin kelat tawar.

mahu aku kongsi detik2 nak membina sebuah keluarga. sebagai tatapan aku sendiri bila dah beruban nanti. kisah seorang hamba Allah yang tak punya sebarang modal untuk berumah tangga.

Ya, di fikiran aku, sekurang2nya aku perlukan 5k dalam simpanan untuk melangsungkan majlis. bila dirisik2 pengantin lama, kata mereka bakal pengantin perempuan perlu ada wang sendiri. selama setahun aku siapkan mind set untuk modal. ke mana mahu cari wang? aku cuma seorang pelajar. ketika aku mengikat tali pertunangan, usiaku 22 tahun, pelajar ijazah Computer Science semester 3. duit ptptn pun cukup2 makan.
sudahnya isu wang langsung aku lupa.

masuk semester 4, sama. tak ku terfikir soal duit. semuanya aku serahkan pada Allah. hal2 duit aku cuma harap dari pihak lelaki, wang hantaran 10k itu diharap cukup.

banyak kali aku bincang dengan ayah, aku tak mahu majlis besar2an. cukuplah sekadar memaklumkan orang kampung yang aku sudah bernikah. ayah setuju. alhamdulillah.

tinggal beberapa hari lagi tarikh nikah, aku pun selesai semester 5 pada 12 hb Julai 2014. aku pulang ke kampung pada 17 hb Julai 2014. ayah dah pening. aku lambat balik kampung. banyak benda nak disiapkan. bilik aku baru 2 hari siap setiba aku di kampung. nak simen lantai. nak beli langsir.nak siapkan tabir bilik.nak kemas rumah. nak siapkan peralatan memasak.

hari makin dekat. nikah berlangsung raya ke 4. aku beraya seperti biasa pada raya pertama dan kedua. tiba raya ke 3,  memang seawal perbincangannya aku tak mahukan hantaran atau goodies. bukan apa, niat u mahu minimumkan kos kerana aku sendiri tak keluarkan sesen pon wang. semata2 harapkan duit encik bakal suami ketika itu.

hari pernikahan tiba, aku ditemani kawan baik ku, Aisyah. :)
dalam serabut majlis kecil ku hari itu, yang aku perlukan sangat2 ialah kawan baik satunya,
dia ada. dengan selamba aku tersenyum. dan terlupa risau yang menggila. ini realiti. aku beruntung aku ada dia.

pagi2 lagi selepas sarapan, aku minta tolong adikku Siti untuk bawakan kami ke pekan Tapah. make-up. bukan tukang make up datang ke rumah. kami yang bertandang ke butik untuk di make-up. beruntung dan juga mungkin rezeki aku, upahnya tak mahal. RM100. pernah juga tanya butik pengantin lain. upah make-up RM300. bagi aku yang tak bermodal ni, semestinya aku pilih yang murah. alhamdulillah. pandai kak Linda uruskan mukaku yang ehem2 ni. alahai.

aku selamat diijab qabulkan dengan sekali lafaz. Sah menjadi isteri Mohamad Amirul Asraf Bin Hamsi.
tak mewah. tapi sudah selesai majis. tanpa modal 5k sendiri dari aku, tanpa bunga2, tnpa hiasan kamar pengantin, tanpa cincin batal air sembahyang, tanpa hantaran mewah, cukup dengan mas kahwin dan beberapa barang hadiah dari suami. cukup bagi aku. cukup bagi seorang pelajar yang baru berumah tangga.

wang hantaran 10k masih berbaki 5k. 5k untuk kelangsungan hidup selepas berkahwin. dengan baki yang ada, dapat la rumah di isi dengan barang keperluan. Alhamdulillah, lengkaplah sudah 1 peristiwa lagi dalam kisah aku.

aku tamatkan pencarian cinta aku dengan sebuah perkahwinan sederhana. tak mewah. tapi cukup. tak mewah tetapi lengkap.

terima kasih kepada ahli keluarga, sanak saudara dan jiran2 yang banyak membantu menjayakan majlis pernikahan kami. semoga Allah merahmati dan hujankan rezeki melimpah ruah pada kalian. :)














































Monday, 7 October 2013

#84 purpleHigh

assalamualaikum

boring2 kat Tapah ni.member2 pon ajak la ke cameron hujung minggu lepas.
misi percutian kali ini ialah.
destinasi bajet
:)
program planner kami kali ni bagus.
dengan bajet RM48 seorang, termasuklah duit minyak ,penginapan dan makan petang.
dapat la bermalam sehari kat atas tu.
orang macam aq ni mmg sesuai la dengan pakej ni.
hahaha.


pergi pon waktu musim hujan.
memang sejuk.
sebelum ni pergi dengan family tak sesejuk kali ni.
cuddle la 2 3 org atas 1 katil queen.


tempat yang aq suke pergi ialah kat
LAVENDER GARDEN..
cantik2 bunganya.
sekarang tengah musim strawberi,
siap boleh selfpick lagi.
minimum petik strawberi dalam rm10.
ok la tu kan utk sapa2 yg rajin memetik buah fresh.
aq petik kat pasar malam je.haha

ok.nak share gambar2 yg di snap kat kebun bunga nan ungu ni (^_^) 





tapi yg xfahamnye.dari kedai bunga,pasar malam,tukang tgkap gambar,suma Bangla kt sni.sedih bangla tu marah aq pegang bunga ni.
aipppp.
rasa duduk di 
Banglasia.auw










ada byk tempat jugak la kt lavender garden ni.bunga warna warni:)

































































Sunday, 29 September 2013

#83 Centella asiatica

assalam.. 



waktu yang ada memang terisi dengan terhormat. :) tengok tv la.. petang tu takde cite yang menarik. jadi aq snap2 la ape yg ada kat belakang umah tu.

 centella asiatica. 

wah.sodapnye nama. makan pon sodap buat ulam.haha

pegaga.



















Where there is love there is life.-Mahatma Gandhi 

Saturday, 28 September 2013

#82 myReality








this is kind of my love story.
similar one.
and i wish happiness is always mine. (^_^)

Tuesday, 24 September 2013

#81 Mrs. Right :D

assalamualaikum w.b.t

bile sem baru bermula.berkesempatan la aq melawat buah hati aq ni kat shah alam.sem lepas mmg cadang nak pegi.tapi kerana kekangan ptptn xmasyuk lagi.memang aq dok diam la kat Tapah terchenta ni kan:)

ape yg bestnye aq nak cite kat sini,pasal kesah dak senget aq ni yg tgh berbahagia.cewwwah.hehe.almaklum la.dapat teman hidup baru.memang banyak gambar sepet aq ngn si chent hati dia.tapi aq ragu2 utk uploadnye.kang kontroversi plak.hahaha.kalau wat kabur ala2 999.boleh kot.hahaha.sweet je diorang.yang paling best.si sengal ni sayang jiwang2 gitu.


                     muke orang dilamun cinta haa:D

gamble je la g destinasi dituju naik ape yg ada.train.aq yg patutnye beli tiket balik Tapah.sampai lupa.menonong2 je dua2 eko g bli token nk g mesjid jamek.






tu 1 bab.
cite lain nye kitorang jalan2 la usha barang2 yg ada kt jalan mesjid India aritu.
best.harga jubah pun baru dalam rm50.murah2 tudung ngn selendang.bagi yg suka shopping kat street mcm kitorang la.hahaha.byk benda boleh dapat ma dlm note rm50 2keping.klu g tempat ala2 Alamanda.minx maap la yop.celah gigi pon belum tentu dpat.haha

tapi sebelum usha2 barang.kite isi perot dulu la.nasik ayam ni mmg sedap:D
taw tempat mkn ni pon Encik T yg bwak.bile dengan sepet.aq plak heret dia.konon2 terer la nk tnjuk tmpt makan sedap.sos dia sedap.nsik pon lembut je.

























memang selera.
sebab perut dah keroncong lagu Ana rapalli.

so kami jalan2.saje spent time same2.lame dah xjumpe.
nanti sem dah start busy,lagi la susah nak lepak kan.
sorang tgk sana.sorg tgk sni.
ape2 je la.






aq bukan beli sangat pon.dah kopak.apa da.:)
dak ni la.sume benda nk bli.agaknye semangat sebab aq tukang support kot.bhahahha.
next time kite jumpe lagi ye sayang.
love u.muah3!
1437..haha.ko yg ajar aq kan.selamat berbahagia.

saja upload.gambar ni paling special.bile dah berjalan lancar sume.aq upload yg betul2 punya.yuhu!

heart this couple.





selamat menimang cahaya mata.cewah.over:P
tata