Saturday 24 December 2011

#4 SELIMUT BABI DAN LAPTOP MAINAN


BANGUN SOLAT SUBUH ANAK-ANAKKU..

pagi yg sangat dingin,ayah adalah orang pertama di rumah yang bangun.seawal 5 pagi dia akan bersiap sedia,bangun utk solatnya yg pelbagai sebelum subuh menjelma.

aq dan anak2 nya yg lain sedang nyenyak dibuai mimpi beralas bantal kekabu emak.

berkumandang suara ayah melaungkan azan.

"assolatu khairum minannaum"
"sesungguhnya solat itu lebih baik dari tidur"


tapi aq masih tidur.tidur.dan tidur.bagai tak pernah tidur lagaknya.bagai tak betah bangun subuh nyenyaknya.


walhal,tiap subuh tiba,akan kutarik selimut kerana alasan sejuk menggigit tulang.itu bermakna aq sedar waktu sudah pagi.sudah harus bangun utk solat.

ku tarik selimut kulit 'babi' itu kerana kedinginan.

emak yg sudah bangun utk bersiap menghadap Allah mula masuk dari bilik ke bilik anak2nya.

"kamilah,bangun solat subuh."
"fatimah,bangun solat subuh."
"aisyah,bangun solat subuh."
"lokman,bangun solat subuh."
"ummul khusna,bangun solat subuh."

satu persatu anak2nya digerak.
setiap hari.

ayat itu yg dilaung sebelum emak solat.
ayat itu yg diulang2 sebelum emak mengaji merdu.
ayat itu yg di jerit sebelum emak ke dapur menjerang air.

tiada yg akur utk bangun?

tunggu.
masih ada yg akan bangunkan kamu semua anak2 ku.

emak menunggu.


ayah pulang ke rumah selesai jemaahnya di masjid.

"tak bangun lagi anak2??"

emak mengadu..

ayah mula bertindak.
ayah ada cara.

tiap kamar puteri puteranya di jenguk.masih tidur anak2ku.


ayah senyum.

ayah mula mencari sesuatu.
ayah mencari senjata.

senjata yg hebat.
senjata yg akan menumpaskan musuh anak2 nya.




laptop berharga rm12.00 ni sgt berkuasa.

ditekan huruf jawi,keluarlah bunyi yg sgt bertenaga.aura berkuasa menghalau syaitan2 yg berusaha sehabisnya mengikat kami di katil untuk ponteng solat subuh.

surah2 berkumandang.
ayah menekan huruf2 lagi.
beralun lantang ayat kursi.

ayah tekan lagi butang di laptop ajaib itu.

beralun kuat surah alBaqarah.
di kuatkan volume laptop biru hingga bunyi semaksima mungkin.

diletaknya laptop kecil itu di sebelah telinga anak2nya yg sedang tidur.

ayah tunggu.
ayah sabar menunggu hasilnya.
menunggu anak2nya bangun.

ayah setia menunggu sehingga putera puterinya bangun untuk menunaikan tanggungjawab menyembah Allah.

2saat pertama.
tiada sapa bergerak.

2minit pertama.
ada yang bergerak.

5minit kemudian.
lintang pukang syaitan.
tak mampu mengikat kuat 'tali' malas solat.

kami bangun.
mengeliat.
cari selipar solat dan mulalah adegan mencari bilik air.

2 bilik air di rumah membuatkan aq menjerit di dapur.

"sape kat bilik air?!"
"cepat r...subuh dah nak abis.."

ayah senyum.
ayah puas hati.
ayah gembira.
terasa syurga.

anak2nya bangun solat.
misinya berjaya.

sabar menunggu kami bangun di birai katil.

itu tugas hari2 ayah bila kami pulang bercuti.

terima kasih ayah.
tak pernah alpa mengingatkan kami.

terima kasih kerana mendidik kami.
terima kasih kerana begitu tegas tentang isu "SOLAT"..

mesti ada di antara pembaca yang tak puas hati.

aq bangkitkan isu selimut 'babi'.

tahukah kita bila datangnya subuh,sengkatan tentera musuh kita.

SYAITAN SYAITAN.

dihantar utk lenakn kita.
utk ikat kita di katil.

jangan solat wahai manusia!
selimuti tubuh kamu dengan selimut kami.

selimut yang kita tarik tiap subuh datang itulah selimut babi.

itulah elemen yg lebih melenakan kita di subuh hari.






TERIMA KASIH ALLAH.
TERIMA KASIH EMAK.
TERIMA KASIH AYAH.
TERIMA KASIH KERANA AQ ADALAH SEBAHAGIAN KELUARGA INI.

terima kasih kerana takdirkan aq dengan keluarga soleh ini.

terima kasih Allah kurniakan aq ibu ayah yang hebat.

terima kasih kerana wujudkan takut aq pada AzabMu ya Kabir.

benda pertama yg akan disoalkn di alam kubur,iaitu alam barzakh.

ITULAH SOLAT.

walau kita solat tai melengah2kan nya.

tunggulah..ular hitam besar menunggu kita di lubang kubur.

menyambut setia hamba Tuhan yg meringankan solat.

takutnya aq.
gerunnya aq.
membayangkan tulang ditubuh dililit bagai ranting kering.
dibelasahnya aq di kubur.
tiada siapa membantu.

(ini baru membelit,bayangkan kita yg dibelit dan dibelasah keseorangan."Allah,sakitnya.maafkan kami.hidupkan kami kembali.agar dpt kami bertaubat dan beramal lagi.!"
tiada ampun lagi bila nyawa terpisah dengan jasad )


nau'zubillah.
maafkan aq Allah.
maafkan dosa kami YaAllah.

jauhi kami dari azab2 Mu ya Qaliq.





(setiap hari doa ayah,adalah utk mendapt anak2 yg soleh solehah)

(jenaka ayah adalah hiburan kami.manja ayah pada mak sangat membahagiakan kami)

(anak sulungnya yg dulunya sekeras dinding,kini terbentuk mengikut acuan ayah:)
kerana anak2nya cinta ibu ayah)






0 comments:

Post a Comment