Sunday 29 January 2012

#10 SI.BONGSU.HADIAH.ISTIMEWA.


UMMUL KHUSNA

itu nama si gendot kami.
dia tak manja.
but so adorable.

si kecil yg dah lama pon besar.
tapi saiz badan nya yg kecil jadi tumpuan kami sekeluarga.
dah 10 tahun tapi si garang tu la kami cium.
rimas pipinya asyik dicium walau dah besar,dia akan mula menjerit.lari dari kami..mengesat pipinya yg di usik.

tak manja. tegas.
jujur.
berpendirian.
ego.
tapi mengaku kesalahan.
mula mengenal erti dunia.


 1. UMI RASA KAYA.PERKONGSIAN CERITA NIKMAT

dulu solatnya dipantau ayah.kini tak lagi.
dia sudah punya iman sendiri.
satu hari selepas solat.

umi:mak.umi rasa kaya.

mak:kenapa umi rasa camtu? umi bukan baru lepas solat ke tadi?

umi:lepas umi solat.umi rasa kaya.

aq terfikir sejenak.
kaya?
rasa?

ya.si kecil dah temui nikmat solatnya.
aku?
pernah kah aq rasa kaya?
aq masih mencari nikmat itu.
subhanallah.
perkongsian cerita nikmat dari si gendot kami.


2. MENGAKU! TAPI KASARNYA DIA.

sape yg buat sepah ni?
kenapa laptop akak macam ni?
aq bising.
laptop aq dah mula tak betul..

ni penangan adik suka main game.

si ummul khusna diam.
duduk senyap di bucu katil.
matanya merenung aq yg gelabah sudah.
bersalah mungkin.

umi:tak.tadi umi yang main.tapi tiba2 jadi camtu..mana adik taw.!

dia membela diri.
aq diam.
tapi aq suka jujurnya.
sudahnya aq membebel.
tapi dia keluar bilik.
comel :)

3. TOLONG ADIK PULAK!

satu pagi.aq kurang selera.sarapan pagi dah tersedia.
aq memilih utk duduk sebelah dia.

aku:adik.akak tak selera la.suap akak boleh?akak lapa ni.

muka seposen aq sua.

umi:ok! tapi makan tengah hari akak kene tolong adik pulak.
akak kene suap gak.

amboi pandainya tawar menawar dak kecik ni.

aq setuju.:)
tangan kecil tu tak betah menyuap.
kekok.
tapi masih selesa menyuap nasi ke mulut aq.
sekali sekala sengaja aq gigit jarinya.
seronok tengok dia membebel.
5 suapan dia umpama 1 suapan aq skala nya.
tapi bersungguh si gendot buat aq kenyang juga.

aku: time kasih adik! t lunch akak suap pulak.

ingatkan dia lupa.tengah hari tu jugak janji dituntut.

dasar budak kecik.
haha

4. ADIK TAK TAU BUAT KEJE SEKOLAH.AKAK  TOLONG?


karangan jenis dialog tu dah 2 jam ditenung.idea dah bagi.isi dah bagi.tapi menulis.mak eh.
lambat!

orang suruh tulis boleh main2 lagi dengan si ecah form 4 tu.
aq yg golek2 di katil tunggu dia nak tanya 1001 soalan.

tetiba senyap...
meja kecik tu dah tak de tuan.
aq tengok tulisannya.
makin kemas dari tahun lepas.
si kidal tu entah main ke mana.

aq bosan.
aq semak buku tu.
"eh salah ayat dia ni."

aku capai pensel dan mula menulis.

alamak! tetiba ayah masuk bilik konon nak tengok si gendot belajar.

ayah:YaAllah kamilah. yg kamu buat tu kenapa? kamu nak bagi adik kamu tu tak tau ape2?

sudah.aq pulak yg kene!
siap ko umi.

laung punya laung.
dia masuk bilik semula.
geram sebab kantoi ngn ayah, aq geget je budak tu.hahaha.


banyak cerita dari si kepoh tu.
gosipnya tak pernah henti.



GAYA UMI BERGOSIP.
"akak,nak taw tak kawan umi kan..dia kan..tak nak kawan dengan umi.."

"akak, gedik kan dia?nyampah la umi"

"akak, nak denga tak.hari tu kan.
hari tu kan..hari tu kan."

YaAllah,bukan main petah tak berhenti nak gosip.

gosip paling aq ingat.

"akak, cikgu syamim kat sekolah adik tak de gigi!"

pulak.ko bia betul dik.tak kan takde langsung.

"haah! bila dia senyum ke gelak ke tak nmpak."

lokman menyampuk dengan cool.

lokman:mana ade kak.umi tu memandai je.cikgu tu ade je gigi.cuma dia senyum tak nampak gigi.

aduh.umi2.
lepas dari cerita tu.
aq mula menapis segala cerita dia.



ITU.SATU.CERITA.TENTANG.SI.BONGSU.













Saturday 28 January 2012

#9 LUAHAN RASA TANPA TINTA

AKU.DIRI.ILUSI.REALITI.


sejak 2 menjak ni.hati jadi keras.
jadi batu.
takde perasaan macam dulu..

dulu..aq takut aq salah.
aq serba salah.
aq gelisah.

tapi lama kelamaan hati aq yg dulu rapuh..menangis walau disergah kawan...jadi tebal.jadi keras.jadi lali.

dulu..kawan2 tak suka kan aq.
bila dikenang yg aq dimarah beramai2 kerana salah aq yg obses nak berkwan dgn syakira.
aq jadi kaku..

dan atas sebab lain jugak...
aq di boikot.
ke dewan makan takde sape nak teman.
kwn2 sembang..aq datang..diorang terus senyap..
aq lari ke katil sendiri kemudiannya.
aq duduk di birai kati.
merenung dari jauh..seronoknya kawan2 bersembang gelak tawa.

aq yg excited akan satu bilik ngn kawan2 tahun depannya..
tapi tak bagi kawan2.
tapi aq tak tahu mereka tak suka.
dalam kenaifan..aq mencari ruang utk diri sendiri..

ya..benda paling aq ingat..itulah kenangan di sekolah..
aq tak taw kenapa mereka nak boikot..nak mengutuk belakang..nak menuduh mengungkit..
tapi akhirnya aq taw kenapa.



kawan makan kawan..?
kawan cemburu kawan..?

aq dah lalui semua.
aq dah rasa menjadi mangsa.

inilah kesannya sekarang.
aq makin tak kisah andai kini...ada kawan yg membenci..
ada kawan yg mengeji..
ada kawan yg memerli..
ada kawan yg tak menghormati..




aq tak kisah.
sebab kini..
aq cuma berkawan dengan mereka yg sedia terima aq yg sebenar2 aq.

aq lantang memerli.
aq lantang mengeji..
aq lantang tak menghormati..
aq lantang membenci..

ANDAI SESIAPA menguji emosi..

walau aq salah..
walau mereka salah..
aq tak peduli..
walau aq tua..
walau mereka tua..

AKU TETAP KAKU..BATU..TAK LESU..

maafkan aq Tuhan..aq kaku ..aq bisu.. aq tak lesu.. aq mengadu.








Monday 23 January 2012

#8 ~CINA CUTI..KAMI PON CUTI~


SALAM A'LAIQ YA SODIQI:)

bermulanya cuti umum yg lama,bermula lah episod keluarga saya.

SITUASI 1:

mak ayah..membuat serbuan tatkala solat subuh.ayah dengan spray air(*nk sapu kat muka anak2 yg liat bangun..terutama ecah:)
mak pulak menggunakan vokal nya yg dipraktik semasa mengajar di kelas utk bangunkn kami:P)

SITUASI 2:

saya ditugaskan utk handle menu breakfast pada pagi hening itu..*ala menunya nsik goreng je.

ECAH: akak selalu masak?* si kurus tu tetiba berdiri sebelah aq.

MIMI: tak selalu..nape cah?   :)*kah3..kantoi..

ECAH: akak ade baca bismillah masa start masak td?

MIMI: alamak.!lupa la cah....camne ni..*haha..dalam hati..malu la aq..

ECAH: ow nanti kalau kite masak tanpa bismillah..nanti syaitan dok atas kte time kte memasak.

tetiba mak datang..

EMAK: ha...ntah2 dah ade sebelah akak dah tu..

aq stress 2 saat....

EMAK:kan sunnatullah bila memulakan sesuatu dengan nama Allah?berkat..lebih nikmat ape rezeki..

aq senyum..

wah..banyak dah ustazah di umah aq..

tapi memang betul pon..so aq trima tazkirah pagi..

walaupon ecah baru form 4..tapi.mak eh...ade bakat ustazah pilihan..huhu..

teka ecah yg mane..:)
tu yg pendek..haha




SITUASI 3:

mak ayah DATING..

anak2nya di rumah opah..
yela..raya cina..kami pon nak balik kampung maa..
so..bila diajak anak..anak..anak mereka yang ramai tu..sorang pon tak nak pegi kenduri..

pilihan yang ade..mak ayah je pegi..romantik gitu..

ke mana aje..ade la 2 pasangan ni..sweet kan..:)

didepan pintu umah opah..


saya cinta keluarga saya..
kadang2 nak juga mengupas isu cinta sendiri..tapi..
tandusnya idea..

moga aq dapat cinta sejati..
seperti cinta Encik Azhar dan Puan Hasnah :)

"YA ALLAH..CINTAILAH KEDUA IBU AYAH KU..KASIHI LAH IBU AYAH KU..LINDUNGILAH IBU AYAH KU..
SEPERTI MANA MEREKA MENCINTAI KAMI ANAK ANAK NYA..amin ya Rabbal A'lamin.."














Friday 13 January 2012

#7 DOA SI IBU & RAJUK SI AYAH

MINGGU YG MEMBUATKAN AQ DAN KAWAN2 DI KELAS TERTEKAN.

ade test,ade kuiz,ade asignment,ade lecturer.

note nana

kertas kumal yg membantu

simplex!


arahan lecturer perlu dipatuhi!
test dan kuiz wajib diharungi!
dan asignment yg mesti di................................hantar:)


aq berusaha membina cas2 positif di minda.utk harungi minggu plg aktif ni.

dan hasrat utk balik ke rumah sangat lah tinggi.
tapi...atas sebab tertentu. ayah  tak izinkan aq pulang..
jadi.aq merajuk?

situasi:
~RABU:quiz
~KHAMIS:presentation,quiz,quiz,malamnya test.

aq mula kelam bila member di sebelah asyik buka note OR even waktu tu subjek lain..

*syafiq: weh mimi, ko dah study ke?(mukanya pon sama cuak macam aq gak)

*mimi: ko ni! nape bukak note OR skang? saje wat aq gelabah.(merungut cuak)

*syafiq: ye r..soalan aq tgk sume susah. aq takut la test mlm ni.

*mimi: ko saje buat aq stress.(mula cari fon...nak mengadu kat mak)


pukul 8.15 malam di foyer fakulti..

TEXT DIHANTAR KE INBOX MAK
"mak,akak test kul 8.30 mlm satgi.
doakan akak ye mak.
akak gugup nak jawab.
sebab tak banyak masa nak study.
time kasih mak..."

MESEJ MASUK INBOX SAYA
"mak bacakan quran ni..minta pada Allah.."



mesej yg ringkas dari mak.tapi membuat kn cas2 positif mengalir ke badan.

UCAPKU PADA MAK
"tme kasih mak!
sayang mak!"

test bermula.
synaptic transmission di neuron aq kala tu mula beroperasi.



dendrites dan axon bersatu.
dendrite menghantar saki baki data
(cebisan OR yg aq study semalamnya.)
dan menghantarnya kepada axon yang pantas menyambut.
terima kasih kerana electrical signal banyak membantu.


usai test.
mesej dari ayah masuk.

AYAH
"terima kasih, mak je trima kasih.
ayah tak payah ek.."



aq senyum.
ayah merajuk.

PANTAS KU BALAS
"huhu, tme kasih kat ayah jugak!"

jam menunjukkan pukul 10.28 malam.
basikal merah itu ku kayuh selajunya.
dengan hati berbunga kerana minggu yg sibuk sudah melabuhkan tirain,
ku sapa pengawal keselamatan di pintu utama dengan penuh semangat.

"bye pakcik!
saya nak balik rumah dah.assalamualaikum!"

pakcik mengeleng...dibalas nya lambaianku ..tersenyum.

esoknya..
ayah dan mak datang!
xdapat balik pon xpe la..janji dah dapat jumpa.

terima kasih Allah!

saya sayang ibu saya..saya sayang ayah saya..

usai salam ayah di kereta.ayah pegang tanganku lama.

~AYAH
"marah ayah ke tak bagi balik minggu lepas?"

~SAYA
"mana ade..(mata ke arah mak)"

ayah senyum..ayah faham dah.
ayah bawa makanan,hantar barang2 dapur.

mak bawa air minuman kesukaanku.
milo!

ok hari jumaat.mak ayah tak boleh lama melawat.

PESAN AYAH SEBELUM PULANG
"dah,jangan nangis lagi kalau ayah xbg balik."

aq tersengih je..

mak ayah ku lambai.

ALHAMDULILLAH..terima kasih Allah!






                       











Friday 6 January 2012

#6 CARTA HATI~NAJWA LATIF~


CARTA HATI

Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hati ku jadi kebah
Melihat diri mu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
lagu cinta kita bermula
dari mata turun ke jiwa
dari teman menjadi cinta
dan berjanji untuk setia
sehidup semati kita
menjanji kan bahagia
untuk kita berdua selamanya

hmmm----
hoo---
lalala----
hmmm---

jangan engkau jangan pergi
jangan tinggal ku sendiri
jangan tinggal kan carta hati

kau janji kan bahagia
ku janji kau tak terluka
teruslah berada di carta hati kita

lala---
hooo---
lala---
hmmm--


Read more: http://www.liriklagumuzika.com/2011/06/lirik-lagu-carta-hati-najwa-latif.html#ixzz1ikZxMYOb

Thursday 5 January 2012

#5 LATA KINJANG ^_^


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

kami baru pulang dri beriadah di Lata Kinjang. dah lama tak bertandang ke sana.

kalau selalu naik highway ke KL, nmpak dri jauh saje. Tinggi..dari jauh nampak putih je.fuh..teringin nak ke sana dengan keluarga. 

(*doa sungguh2(^_^)!)

"YaAllah,permudahkan niat aq nak mengajak family aq ke sana. moga ukhuwah makin utuh.moga mahabbah makin kukuh.moga zakirah indah berganda!"

gambar dari highway!_!


maksu sekeluarga secara kebetulannya mengambil cuti agak lama.nak habiskan cuti tahunan katanya.
wah, ada peluang nak keluar rumah ni!

ni maksu saya!_!


(*tanya emak dengan mata bersemangat)

~saya         :   "mak,jom picnic!"

~emak saya:   "kat mana?"

~saya         :   "kat tapah!huhu,mak..dah lama tak picnic kat sungai..best mak..sejuk..yg penting..FREE..jom mak?"

~emak saya : "tanya maksu.kalau dia nak,mak ok je"

mak senyum!
maksu senyum!

dan dengan vokal kuasa tinggi. pengumumam dibuat pagi tu jugak kat rumah.

~suara saya~
"sila ambil perhatian wahai budak2 kecik yg melambak kat rumah ni..sape nk pegi mandi kat lata kinjang??"

~suara bergema di seluruh pelosok ufuk tv,laptop dan bawah meja~

"NAK!"

so, our journey begin  [~_^]


seperti biasa.my superb mom memandu! ayah ada hal,xdapat pegi?ke mmg tak nak join kami.heh3


mandi time!

yang pertama turun merasmi air.nakal ni:)


lokman si cool:)

aisyah si solehah :)

umi si nakal n fara si zuhud :P

siti si anggun n mimi si demok!_!

mak saya cool kan?tengok je anak dan anak dan anak dye berendam.heh2..

KOLEKSI GAMBAR  SAYA! :)

maksu nak cover perut :P

mak saya yg terbaik!

suke peluk mak,tp npe cam ganas je..huhu sorry mak..

kt surau nk solat asar..dah usai mandi :)


we are cool..:p

saya selalu buat dia skit hati..heh3

ecah yg plg lembut tp garang la ngn kami!


thanx Allah,izinkan kami ke sini.
Alhamdulillah..