Friday 13 January 2012

#7 DOA SI IBU & RAJUK SI AYAH

MINGGU YG MEMBUATKAN AQ DAN KAWAN2 DI KELAS TERTEKAN.

ade test,ade kuiz,ade asignment,ade lecturer.

note nana

kertas kumal yg membantu

simplex!


arahan lecturer perlu dipatuhi!
test dan kuiz wajib diharungi!
dan asignment yg mesti di................................hantar:)


aq berusaha membina cas2 positif di minda.utk harungi minggu plg aktif ni.

dan hasrat utk balik ke rumah sangat lah tinggi.
tapi...atas sebab tertentu. ayah  tak izinkan aq pulang..
jadi.aq merajuk?

situasi:
~RABU:quiz
~KHAMIS:presentation,quiz,quiz,malamnya test.

aq mula kelam bila member di sebelah asyik buka note OR even waktu tu subjek lain..

*syafiq: weh mimi, ko dah study ke?(mukanya pon sama cuak macam aq gak)

*mimi: ko ni! nape bukak note OR skang? saje wat aq gelabah.(merungut cuak)

*syafiq: ye r..soalan aq tgk sume susah. aq takut la test mlm ni.

*mimi: ko saje buat aq stress.(mula cari fon...nak mengadu kat mak)


pukul 8.15 malam di foyer fakulti..

TEXT DIHANTAR KE INBOX MAK
"mak,akak test kul 8.30 mlm satgi.
doakan akak ye mak.
akak gugup nak jawab.
sebab tak banyak masa nak study.
time kasih mak..."

MESEJ MASUK INBOX SAYA
"mak bacakan quran ni..minta pada Allah.."



mesej yg ringkas dari mak.tapi membuat kn cas2 positif mengalir ke badan.

UCAPKU PADA MAK
"tme kasih mak!
sayang mak!"

test bermula.
synaptic transmission di neuron aq kala tu mula beroperasi.



dendrites dan axon bersatu.
dendrite menghantar saki baki data
(cebisan OR yg aq study semalamnya.)
dan menghantarnya kepada axon yang pantas menyambut.
terima kasih kerana electrical signal banyak membantu.


usai test.
mesej dari ayah masuk.

AYAH
"terima kasih, mak je trima kasih.
ayah tak payah ek.."



aq senyum.
ayah merajuk.

PANTAS KU BALAS
"huhu, tme kasih kat ayah jugak!"

jam menunjukkan pukul 10.28 malam.
basikal merah itu ku kayuh selajunya.
dengan hati berbunga kerana minggu yg sibuk sudah melabuhkan tirain,
ku sapa pengawal keselamatan di pintu utama dengan penuh semangat.

"bye pakcik!
saya nak balik rumah dah.assalamualaikum!"

pakcik mengeleng...dibalas nya lambaianku ..tersenyum.

esoknya..
ayah dan mak datang!
xdapat balik pon xpe la..janji dah dapat jumpa.

terima kasih Allah!

saya sayang ibu saya..saya sayang ayah saya..

usai salam ayah di kereta.ayah pegang tanganku lama.

~AYAH
"marah ayah ke tak bagi balik minggu lepas?"

~SAYA
"mana ade..(mata ke arah mak)"

ayah senyum..ayah faham dah.
ayah bawa makanan,hantar barang2 dapur.

mak bawa air minuman kesukaanku.
milo!

ok hari jumaat.mak ayah tak boleh lama melawat.

PESAN AYAH SEBELUM PULANG
"dah,jangan nangis lagi kalau ayah xbg balik."

aq tersengih je..

mak ayah ku lambai.

ALHAMDULILLAH..terima kasih Allah!






                       











0 comments:

Post a Comment