Wednesday 20 March 2013

#47 NUR AUFA ARISSA REDZUAN

bismillahirrahmanirrahim.

tanggal 13.03.13..


Lahirlah seorang lagi ummat Muhammad yang mewakilkan Encik Redzuan dan Puan Saadiah sebagai pengantara cara untuk tiba nya seorang ummat ini ke dunia dengan izinNya. 

NUR AUFA ARISSA BINTI MOHD REDZUAN 

yang ditunggu2 penuh gembira selamat dilahirkan secara pembedahan. Seminggu sebelum pembedahan, si ibu sudah di tahan di wad.selepas pembedahan,masih lagi ditahan di hospital.

si ibu tak lah sekuat mana selepas bersalin. Tapi dek teriak lapar anak,di gagah nya badan, di dukung nya si anak yang lapar.

Aq nampak lesu muka si ibu baru ini. Aq nampak peritnya menahan sakit. Tapi itulah ajaibnya cinta seorang ibu. Demi anak, rasa mengatasi logik akal. 

Selama 2hari Aufa dijaga oleh nurse, dia diberi susu formula menggunakan sudu. Bila diserah semula kepada ibu ayahnya, Aufa dilatih untuk menyusu badan. Dia tak betah, dia tercari2. Baru 6 7 kali mulut digerak utk menyusu badan, Aufa terlelap. Perlu di gerak untuk menyusu. Gelak tawa dan senyum bermula dengan hanya gelagat si nano .

Alhamdulillah..
Semoga jadi yang solehah wahai nano ku.
Mummy sentiasa rindu kamu.
















Its hard to find the light when your born in the dark. (Emile Zola)








0 comments:

Post a Comment